Bicara minda dr mahathir biography
Bicara minda dr mahathir biography
Tun dr mahathir biography.
Mudarat ketua tanpa wawasan
Oleh Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee
TARIKH 24 Februari lalu mengukir satu sejarah paling manis buat Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) apabila menemukan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan pemimpin dan penggiat belia dari seluruh negara.
Program dipanggil Bicara Minda bersama Tun Dr Mahathir Mohamad itu yang diberi tajuk Transformasi Kepimpinan Belia: Meniti Cabaran Wawasan 2020 amat menakjubkan apabila belia di pusat pengajian tinggi atau memegang jawatan dalam barisan kepimpinan peringkat nasional, negeri atau daerah sanggup datang secara sukarela semata-mata ingin mendapatkan buah fikiran negarawan ulung itu.
Pihak penganjur terpaksa menambah jumlah kerusi dan membuka dewan tambahan kerana kapasiti Dewan Tun Dr Ismail di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sudah tidak mampu menampung kehadiran penonton yang sanggup duduk di lantai dan bersambung hingga ke tangga pentas utama.
Jujur saya katakan bah